Wednesday, December 14, 2011

sedikit tips temuduga J-QAF



ok untuk information sume..KB juga ada memohon untuk menjadi guru j-qaf..
baru je KB interview pagi tadi..hadoyai..ntahpape la KB mengarut kt dlm blik interview td..huhu
ok sedikit gambaran yang bleh KB bgtau mngenai proses temuduga tersebut..
ia mempunyai 3 sesi..
pertama sesi bertulis
calon diberikan soalan dlm bahasa arab dan bahasa melayu. untuk soalan bahasa arab calon dikehendaki menjawab soalan yg diberikan dlm bahasa arab. manakala bahasa melayu calon dikehendaki menjawab dalam tulisan jawi..die akan berikan beberapa perkataan dlm tulisan rumi dan calon dikehendaki menulisnya dlm tulisan jawi. mesti ingat, perkataan yg perlu ditulis dlm jawi tersebut kebanyakannya adalah perkataan yg agak kurang biasa kita gunakan seharian. contohnya kretiviti, ideologi, teknologi, produktif dan sbgnye..masa yg diberikan 30minit.


kedua sesi perbincangan dalam kumpulan
calon akan diberikan suatu isu seperti slogan 1 Malaysia, dan anda dikehendaki berbincang dlm kumpulan mengenai isu tersebut. berbincanglah secara berhemah, jgn potong cakap orang dan jgn berlaku biadap..masa yang diberikan lebih kurang 30minit.


ketiga sesi temuduga individu
pada sesi ini para calon akan ditanya pendapat mngenai isu semasa sekali lagi..selain itu para calon mungkin akan diminta membaca teks bahasa arab dan teks tulisan jawi. calon juga akan diminta membaca surah yang kebiasaannya surah2 lazim dan mungkin interviewer akan memintak calon untuk mngeluarkan hukum tajwid. kemudian calon akan diminta untuk bercakap dalam bahasa arab atau bahasa inggeris..so get ready..masa lebih kurang 15-20minit.


ok tips yg bleh KB kongsi sikit di sini ialah:
-persediaan pengetahuan am terutamanya dasar kerajaan mengenai pendidikan seperti NKRA,PPIP,MBMMBA, dan KSSR. dasar2 kerajaan ni bleh didapati di website kpm http://www.moe.gov.my/. Sebagai guru anda diwajibkan untuk menghafal falsafah pendidikan negara dan falsafah pendidikan guru. Dasar2 kerajaan ni sangat penting bagi calon2 untuk mngetahuinya kerana beberapa kali ia dibincangkan ketika interview tersebut.


-selain itu pengetahuan tentang isu semasa pun penting jugak..contohnya isu pemansuhan PPSMI, isu kekurangan guru dan isu keruntuhan akhlak. macam KB, mereka bertanya pendapat KB pasal mewajibkan penguasaan Bahasa Arab kepada semua pelajar malaysia. yup  KB sangat2 bersetuju untuk mewajibkan penguasaan Bahasa Arab kepada semua pelajar seperti mana Bahasa Inggeris diwajibkan. Sebabnya bahasa arab adalah bahasa ilmu yg paling utama khususnya kpd umat islam. dgn menguasai bahasa arab para pelajar akan mudah memahami al-Quran lalu mudah bagi mereka untuk menyerap unsur2 baik ajaran islam seterunya dapat mewujudkan suatu masyarakat yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi dan perpengetahuan berlandaskan syariah islamiyah.


-dari sudut sahsiah diri, para calon hendaklah berpakaian rasmi dengan kemas..KB xnk cerita la bab pakaian ni..rasenye para calon lebih mngetahui. Cumenye kelakuan calon ketika temuduga hendaklah dijaga..duduk jgn mengangkang, suara hendaklah lantang dan jelas, fahami betol2 soalan yang diajukan..jgn syok sendiri melalut dgn perkara yg tiada kaitan dengan soalan..klo bleh setiap hujah yg diberikn berikanlah dalil dari al-quran dan hadis..


ok itu saje serba sedikit yg bleh KB kongsikan..bagi anda diluar sana yang akan menghadapi temuduga yang berakhir esok, Kb ucapkan semoga berjaya..peace..wassalam..

No comments:

Post a Comment