Monday, December 26, 2011

MMS & 3G SETTING





Mungkin anda pernah mengalami masalah tidak boleh hantar dan terima mms atau layari internet melalui hp anda setelah anda tukar hp baru atau reset hp anda..di sini KB akan tunjukkan cara untuk anda install semula setting hp anda mengikut jenis operator tertentu..


SECARA SIMPLENYE KITE BLEH DAPATKAN SETTING HANPHONE DENGAN CARA DEMIKIAN:

CELCOM
sila type new message  
SET
send to 
20999
apabila mesej setting sampai, sila save.


MAXIS
sila type new message  
NEW SETTING
send to 
22333
apabila mesej setting sampai, sila save.


DIGI
sila type new message  
SETUP
send to 
2000
apabila mesej setting sampai, sila save.

Tuesday, December 20, 2011

GELANG TANGAN BELAH ROTAN, LOKET BUNGA RAYA DLL : FINEGOLD 999 & 916


SALAM..

KB ade beberapa produk emas untuk dijual..




RANTAI TANGAN GAJAH 999
BERAT : 100G / 50G / 30G.
HARGA LOCK : 100G = RM2000 / 50G = RM1000 / 30G = RM600








RANTAI TANGAN PASIR 999
BERAT & HARGA LOCK : 100G = RM2000 / 50G = RM1000 / 30G = RM600 / 20G = RM400 / 10G = RM200




GELANG TANGAN BELAH ROTAN 916 & 999
BERAT & HARGA LOCK: 10G = RM200/ 20G = RM400 / 30G = RM600 / 50G = RM1000 / 70G = RM1400 / 100G = RM2000


GELANG TANGAN PINTAL 999 & 916
BERAT & HARGA LOCK: 20G = RM400 / 30G = RM400 / 50G = RM1000







CINCIN BELAH ROTAN 999 & 916
BERAT & HARGA LOCK: 5G = RM100







RANTAI LEHER RODA 999
BERAT & HARGA LOCK: 30G = RM600





LOKET BUNGA RAYA 999 & 916
BERAT & HARGA LOCK: 5G = RM100 / 10G = RM200 / 20G = RM400



UNTUK MENGETAHUI HARGA SEMASA DAN MEMBELI SILA








SEGALA URUSAN JUAL BELI DILAKUKAN SECARA ONLINE..


ITEM AKAN DIHANTAR SAMADA MELALUI POS, COD DAN DIHANTAR KE AR-RAHNU BERDEKATAN ANDA.


Q&A?
BOLEH DATANG KE OFFICE KAMI BERALAMAT

Hargaemas Malaysia Online Store
53-1 Jalan Dwitasik 2, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
TEL : 03-92264232 / 012-2301015


OK TQ VIEWING..

Saturday, December 17, 2011

INFO PENTING EMAS

Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya.Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.

1.Jangan malas

Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.

Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.

Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva,jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya.Dan yang terkini,scam yang sedang mengganas ialah Barrick Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.

Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik menu “Kelas Emas”.

Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet

2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?

Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:

Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain

Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.

Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!

Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.

Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya


3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :

1.Rumah 2.Hartanah 3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes 5.Keperluan atau terdesak

Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.

4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.

Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.

Buat pilihan yang terbaik


5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?

Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!

6.Jangan tolak

Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?

Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.

Sokonglah matawang sunnah Islam


7.Jangan pentingkan diri sendiri

Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.

Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini.Macam-macam info emas ada.

sumber :http://jutawangold.com/artikel/7-jan...anan-emas.html

download borang bantuan rakyat BR1M

tak perlu susah payah pegi LHDN or rumah tok ketua..download saja di sini

klik sini BORANG BR1M
atau sini BORANG BR1M


Sah dan Tak Sah: Pelajar-pelajar cium mulut dengan ibu bapa dengan mata tertutup=prank pihak sekolah

Sah dan Tak Sah: Pelajar-pelajar cium mulut dengan ibu bapa dengan mata tertutup=prank pihak sekolah

Friday, December 16, 2011

Kini anda boleh Jual dan Beli EMAS secara online




Link di atas adalah portal harga emas yang dibina bertujuan untuk membantu user atau visitor mendapatkan maklumat terkini berkenaan harga emas di sekitar Malaysia samada harga emas di Negeri Kelantan, Borneo, Perak, Johor ataupun di Lembah Kelang khususnya. Portal ini memerlukan kerjasama pelawat untuk membantu pelawat berkenaan harga emas semasa di kedai emas tertentu. Oleh kerana emas merupakan bukannya barang kawalan, harganya sentiasa berubah mengikut index emas yang didagangkan di Stock Exchange New York setiap hari.


Antara beberapa features / kemudahan yang akan dibina di dalam laman portal ini antaranya adalah:


1. Gold price by location (shop/area)


Features ini membolehkan para pelawat meletakkan harga semasa di suatu area, pelawat boleh memilih dimana tempat mereka berada dan letakkan secara ringkas harga emas disitu. Pelawat juga boleh meletakkan nama kedai dan area dan sebagainya untuk membantu user yang lain


2. Gold Trading services


Features ini memberi ruang kepada visitor untuk menjual atau membeli emas second hand dengan pelawat yang lain (features mungkin dibina atau tidak) kerana, secara umumnya, pelawat mempunyai perbezaan minat dari segi design sesuatu barangan kemas.


3. Gold directory / promotion


Portal harga emas akan cuba untuk mendapatkan maklumat berkenaan promosi2 tertentu berkenaan barangan kemas dan akan menyampaikannya kepada mereka yang berminat dengan segera. Features ini memerlukan anda meletakkan email anda dan memilih tempoh promosi yang anda inginkan kami menghantar newsletter kepada anda apabila kami mendapat maklumat berkenaan promosi emas terbaru.


4. Lelongan emas


Portal lelongan emas akan cuba menyediakan features ini untuk membantu visitor menbeli emas pada harga terendah, iaitu semasa lelongan emas dijalankan. features ini akan diterangkan dengan lebih detail bagi masa akan datang.


5. Direktori/ Map kedai emas dan jual emas diMalaysia


Features ini akan disediakan untuk membantu visitor mencari kedai-kedai emas dikawasan berhampiran mereka menggunakan map dan direktori yang akan disediakan.


6. Kami akan cuba membina lebih banyak features yang dapat memberi benefit kepada semua pelawat, jika anda mempunyai idea, hantarkan idea anda dengan menulis didalam komen box dibawah atau emailkan kepada kami di hargaemas.com.my(a)gmail.com



http://www.hargaemas.my/affiliate/idevaffiliate.php?id=2006&url=6

Wednesday, December 14, 2011

sedikit tips temuduga J-QAF



ok untuk information sume..KB juga ada memohon untuk menjadi guru j-qaf..
baru je KB interview pagi tadi..hadoyai..ntahpape la KB mengarut kt dlm blik interview td..huhu
ok sedikit gambaran yang bleh KB bgtau mngenai proses temuduga tersebut..
ia mempunyai 3 sesi..
pertama sesi bertulis
calon diberikan soalan dlm bahasa arab dan bahasa melayu. untuk soalan bahasa arab calon dikehendaki menjawab soalan yg diberikan dlm bahasa arab. manakala bahasa melayu calon dikehendaki menjawab dalam tulisan jawi..die akan berikan beberapa perkataan dlm tulisan rumi dan calon dikehendaki menulisnya dlm tulisan jawi. mesti ingat, perkataan yg perlu ditulis dlm jawi tersebut kebanyakannya adalah perkataan yg agak kurang biasa kita gunakan seharian. contohnya kretiviti, ideologi, teknologi, produktif dan sbgnye..masa yg diberikan 30minit.


kedua sesi perbincangan dalam kumpulan
calon akan diberikan suatu isu seperti slogan 1 Malaysia, dan anda dikehendaki berbincang dlm kumpulan mengenai isu tersebut. berbincanglah secara berhemah, jgn potong cakap orang dan jgn berlaku biadap..masa yang diberikan lebih kurang 30minit.


ketiga sesi temuduga individu
pada sesi ini para calon akan ditanya pendapat mngenai isu semasa sekali lagi..selain itu para calon mungkin akan diminta membaca teks bahasa arab dan teks tulisan jawi. calon juga akan diminta membaca surah yang kebiasaannya surah2 lazim dan mungkin interviewer akan memintak calon untuk mngeluarkan hukum tajwid. kemudian calon akan diminta untuk bercakap dalam bahasa arab atau bahasa inggeris..so get ready..masa lebih kurang 15-20minit.


ok tips yg bleh KB kongsi sikit di sini ialah:
-persediaan pengetahuan am terutamanya dasar kerajaan mengenai pendidikan seperti NKRA,PPIP,MBMMBA, dan KSSR. dasar2 kerajaan ni bleh didapati di website kpm http://www.moe.gov.my/. Sebagai guru anda diwajibkan untuk menghafal falsafah pendidikan negara dan falsafah pendidikan guru. Dasar2 kerajaan ni sangat penting bagi calon2 untuk mngetahuinya kerana beberapa kali ia dibincangkan ketika interview tersebut.


-selain itu pengetahuan tentang isu semasa pun penting jugak..contohnya isu pemansuhan PPSMI, isu kekurangan guru dan isu keruntuhan akhlak. macam KB, mereka bertanya pendapat KB pasal mewajibkan penguasaan Bahasa Arab kepada semua pelajar malaysia. yup  KB sangat2 bersetuju untuk mewajibkan penguasaan Bahasa Arab kepada semua pelajar seperti mana Bahasa Inggeris diwajibkan. Sebabnya bahasa arab adalah bahasa ilmu yg paling utama khususnya kpd umat islam. dgn menguasai bahasa arab para pelajar akan mudah memahami al-Quran lalu mudah bagi mereka untuk menyerap unsur2 baik ajaran islam seterunya dapat mewujudkan suatu masyarakat yang mempunyai nilai akhlak yang tinggi dan perpengetahuan berlandaskan syariah islamiyah.


-dari sudut sahsiah diri, para calon hendaklah berpakaian rasmi dengan kemas..KB xnk cerita la bab pakaian ni..rasenye para calon lebih mngetahui. Cumenye kelakuan calon ketika temuduga hendaklah dijaga..duduk jgn mengangkang, suara hendaklah lantang dan jelas, fahami betol2 soalan yang diajukan..jgn syok sendiri melalut dgn perkara yg tiada kaitan dengan soalan..klo bleh setiap hujah yg diberikn berikanlah dalil dari al-quran dan hadis..


ok itu saje serba sedikit yg bleh KB kongsikan..bagi anda diluar sana yang akan menghadapi temuduga yang berakhir esok, Kb ucapkan semoga berjaya..peace..wassalam..

Sunday, December 4, 2011

USEFUL WEBSITE FOR DAILY INTERNET USER




01. screenr.com - merakam filem dari desktop anda dan menghantarnya terus ke YouTube.
02.bounceapp.com - untuk menangkap screenshot panjang penuh laman web.
03. goo.gl - memendekkan URL yang panjang dan menukar URL ke kod QR .
04. untiny.me - mencari URL asli yang bersembunyi di balik URL pendek.
05. localti.me - tahu lebih daripada sekadar waktu bandar tempatan
06. copypastecharacter.com - copy aksara khas yang tidak pada keyboard anda. 
07 topsy.com - sebuah mesin carian yang lebih baik untuk twitter. 
08. fb.me / AppStore - IOS app carian tanpa melancarkan iTunes. 
09 iconfinder.com - tempat terbaik untuk mencari ikon dari semua saiz. 
10. office.com - download template, clipart dan gambar untuk Office dokumen anda. 
11. woorank.com - semua yang anda ingin tahu tentang sebuah website. 
12. virustotal.com - scan setiap fail yang mencurigakan atau lampiran e-mel untuk virus. 
13. wolframalpha.com - mendapat jawapan lterus tanpa mencari.
14. printwhatyoulike.com - laman web cetak tanpa kekacauan. 
15. joliprint.com - berita-format dan kandungan blog sebagai akhbar. 
16. isnsfw.com - ketika anda ingin berkongsi laman NSFW tapi dengan amaran. 
17 e.ggtimer.com - timer online sederhana untuk keperluan sehari-hari anda. 
18. coralcdn.org - jika sebuah laman sedang down karena lalu lintas yang padat, cuba akses melalui CDN karang. 
19 random.org - memilih nombor rawak, syiling flip, dan banyak lagi. 
20. mywot.com - menyemak tahap kepercayaan dari setiap laman web 
21. viewer.zoho.com - Preview PDF dan Presentasi langsung di browser. 
22. tubemogul.com - bersamaan upload video ke YouTube dan halaman video lainnya . 
23 truveo.com - tempat terbaik untuk mencari video web. 
24 scr.im - berkongsi alamat e-mel anda secara online tanpa bimbang tentang spam. 
25. spypig.com - SpyPig adalah sistem pengesanan email sederhana yang menghantar notis melalui e-mel apabila penerima membuka mesej anda.
26 sizeasy.com - memvisualisasikan dan membandingkan saiz dari setiap produk. 
27 whatfontis.com - dengan cepat menentukan nama font dari sebuah gambar. 
28 fontsquirrel.com - koleksi baik fon - percuma untuk kegunaan peribadi dan komersial. 
29. regex.info - mencari data tersembunyi dalam foto anda .
30. tineye.com - ini adalah seperti versi online dari Google Googles. 
31. iwantmyname.com - membantu anda mencari domain di seluruh TLD. 
32. tabbloid.com - blog kegemaran anda dihantar sebagai PDF. 
33. join.me - berkongsi skrin anda dengan siapapun melalui web. 
34. onlineocr.net - mengenali teks dari scan PDF dan gambar - lihat yang lain perkakas OCR . 
35 flightstats.com - Tracking status penerbangan di lapangan terbang di seluruh dunia. 
36. wetransfer.com - untuk berkongsi benar-benar fail-fail besar dalam talian. 
37 pastebin.com - clipboard online sementara untuk teks anda dan potongan kod. 
38. polishmywriting.com - cek tulisan anda untuk kesalahan ejaan atau tata bahasa. 
39 awesomehighlighter.com - mudah menyerlahkan bahagian-bahagian penting dari suatu laman web. 
40. typewith.me - bekerja pada dokumen yang sama dengan beberapa orang. 
41 whichdateworks.com - perancangan acara? mencari tarikh yang bekerja untuk semua. 
42 everytimezone.com - membingungkan pandangan yang kurang dari zon waktu dunia . 
43. warrick.cs.odu.edu - anda akan memerlukannya saat bookmark anda laman web akan dihapuskan . 
44 gtmetrix.com - alat yang sempurna untuk mengukur anda prestasi laman online. 
45. imo.im - bual dengan rakan-rakan-rakan anda di Skype, Facebook, Google Talk, dll dari satu tempat. 
46. translate.google.com - menterjemah laman-laman web, PDF dan Office dokumen. 
47 youtube.com / leanback - menikmati aliran tidak pernah berakhir video YouTube dalam skrin penuh. 
48 similarsites.com - mencari tapak baru yang mirip dengan apa yang anda sukai sudah. 
49 wordle.net - cepat potongan panjang meringkaskan teks dengan awan tag. 
50. bubbl.us - membuat fikiran-peta idea-idea brainstorming, dalam pelayar. 
51. kuler.adobe.com - mendapatkan idea-idea warna, juga ekstrak warna dari foto. 
52. followupthen.com - setup cepat peringatan melalui e-mel itu sendiri. 
53. lmgtfy.com - ketika teman-teman anda terlalu malas untuk menggunakan Google sendiri. 
54 tempalias.com - menghasilkan alias e-mel sementara, lebih baik daripada e-mel pakai buang . 
55. pdfescape.com - membolehkan anda dengan cepat boleh mengedit fail PDF dalam pelayar itu sendiri. 
56. faxzero.com - menghantar faks online secara percuma . 
57. feedmyinbox.com - mendapatkan RSS feed sebagai newsletter email. 
58. isendr.com - memindahkan fail tanpa meng-upload ke server. 
59 tinychat.com - setup ruangan chat peribadi di mikro-second. 
60. privnote.com - membuat nota teks yang akan merosakkan diri sendiri setelah dibaca. 
61. flightaware.com - untuk trace perkhidmatan penerbangan untuk lapangan terbang di seluruh dunia. 
62. boxoh.com - mengesan status dari setiap penghantaran di Google Maps - alternatif . 
63. chipin.com - ketika anda perlu untuk mengumpul dana secara online untuk sebuah acara atau penyebab.
64. downforeveryoneorjustme.com - mencari jika laman kegemaran anda sedang offline atau tidak? 
65 example.com - website ini boleh digunakan sebagai contoh di dalam dokumentasi. 
66. whoishostingthis.com - mencari web host dari setiap laman web. 
67. google.com / sejarah - sesuatu yang ditemui di Google tetapi tidak dapat ingat sekarang? 
68 errorlevelanalysis.com - mencari apakah imej yang nyata atau yang photoshopped. 
69 google.com / kamus - mendapatkan erti kata, sebutan dan contoh penggunaan. 
70. urbandictionary.com - mencari definisi slangs dan kata-kata formal. 
71. seatguru.com - berunding dengan laman web ini sebelum memilih tempat duduk untuk penerbangan anda selanjutnya. 
72. sxc.hu - stok foto download percuma. 
73 zoom.it - pandangan yang sangat tinggi resolusi gambar di pelayar anda. 
74. wobzip.org - unzip file tzip anda secara online. 
75 vocaroo.com - merakam suara anda dengan klik. 
76. scribblemaps.com - membuat Google Maps tersuai mudah. 
77 buzzfeed.com - pernah ketinggalan meme lain Internet atau video virus. 
78 alertful.com - setup email peringatan untuk acara penting. 
79. encrypted.google.com - menghalang anda ISP dan bos dari membaca permintaan carian anda. 
80. formspring.me - anda boleh bertanya atau menjawab soalan peribadi di sini. 
81 snopes.com - mencari jika yang menawarkan e-mel yang anda terima itu nyata atau hanya scam yang lain. 
82. typingweb.com - master sentuhan-menaip dengan sesi latihan. 
83. mailvu.com - menghantar e-mel video ke siapa saja yang menggunakan cam web anda. 
84 ge.tt - dengan cepat menghantar fail kepada seseorang, mereka dapat bahkan pratonton sebelum men-download. 
85. timerime.com - membuat jadual dengan audio, video dan gambar. 
86 stupeflix.com - Suntingan video secara online yang sangat cool dan best.
87.aviary.com / myna - audio editor online yang membolehkan rakaman, dan remix klip audio online.
88. noteflight.com - cetak lembaran muzik, menulis muzik sendiri secara online. 
89. disposablewebpage.com - membuat laman web sementara yang merosakkan diri sendiri. 
90. namemytune.com - apabila anda perlu untuk mencari nama sebuah lagu . 
91. homestyler.com - desain dari awal atau kembali model anda rumah di 3d . 
92. snapask.com - menggunakan e-mel di telefon anda untuk mencari skor sukan, baca Wikipedia, dll 
93 teuxdeux.com -Jika anda membuat to do list tentu anda anda menyukai teuxdeux.com
94. livestream.com - siaran acara secara langsung melalui web, termasuk skrin desktop anda. 
95 bing.com / gambar - secara automatik mencari sempurna berukuran wallpaper untuk telefon . 
96. historio.us - memelihara laman web lengkap dengan semua format. 
97 dabbleboard.com - papan tulis virtual anda. 98. whisperbot.com - menghantar e-mel tanpa menggunakan akaun anda sendiri. 
99 sumopaint.com - gambar lapisan yang berpusat editor online yang sangat baik. 
100.lovelycharts.com - membuat diagram alur, diagram rangkaian, peta laman web, dll 
101. nutshellmail.com - Dapatkan Facebook dan Twitter di peti masuk anda.




p/s: hope info ni ade bgune untuk anda kerja harian mahupun urusan pejabat...


sumber: http://www.ehoza.com/v4/forum/

Saturday, December 3, 2011

DAFTAR UNIFI & STREAMYX SECARA ONLINE







KB nk tawarkan service percuma kepada rakyat jelata di luar sana yang ingin mendaftar internet dari syarikat TM ni..



UNTUK MELANGGAN HUBUNGI:
Kamil


YM : zeathmania
Tel : 0132317546 (sms)
Email : akocorporation@gmail.com


Untuk memdaftar, Maklumat dibawah mestilah dihantar ke EMAIL yang tertera diatas atau di SMS.


Setiap permohonan memerlukan :


1. Nama penuh pemohon


2. No Kad Pengenalan


3. Alamat penuh rumah yang ingin dipasang streamyx @ unifi


4. Pakej pilihan


5. No hanphone


6. 3 Cadangan Login Hotspot contoh : (streamyx123)


7. Scan/snap/capture kad pengenalan dan hantar kepada email saya


untuk semak pakej dan tawaran terbaru unifi dan streamyx, anda boleh lawati laman sesawang TM di
http://www.tm.com.my/Pages/Home.aspx