seperti yang kita sedia maklum antara sebab penghijrahan nabi dan umat islam ke madinah adalah disebabkan jemputan penduduk madinah itu sendiri kepada Baginda s.a.w dan umat islam setelah mereka mengetahui usaha dakwah Nabi sering kali ditentang hebat oleh kaum musyrikin mekah.
mereka juga bukan sahaja memberi jaminan keselamatan kepada kaum muhajirin ini, malahan mereka sanggup menerima apa sahaja ajaran Islam yang dibawa Nabi s.aw kepada penduduk madinah.
sikap penduduk madinah yang sanggup menerima islam tanpa kompromi ini seharusnya menjadi ikutan kita sebagai umat islam. Ditambah pula kita kini sudah memang hidup dikelilingi budaya islam tidak sepatutnya begitu banyak mempersoalkan dan memperlekehkan islam berbanding dengan penduduk madinah yang asalnya bukan mengamalkan budaya islam tetapi menadah islam dengan seluas2 tapak tangan.
ok jom kita tgk contoh:
penduduk madinah tanpa banyak bicara menerima sistem ekonomi islam..ekonomi tanpa riba dan judi..tapi kenapa umat islam kini menolaknya?
penduduk madinah menerima sistem kehakiman islam dengan sempurna..tapi kenapa umat islam kini membuangnya?
penduduk madinah dengan sepenuh hati menunjukkan sikap perpaduan dan bertoleransi sesama sendiri demi menjaga kemakmuran madinah..tapi kenapa umat islam kini saling bercakaran?
ok renung2kn..selamat beramal...
No comments:
Post a Comment